Perkara-perkara yang kita tak tahu

Sememangnya benar, kat dunia ni ada banyak perkara yang tak dapat dijangka oleh akal kita. Setiap orang ada hadnya sendiri dan sedar atau tak, sebagus mana atau setinggi mana pun pangkat anda, pastinya ada perkara yang anda tak tahu.

Untuk perkara-perkara yang kita tahu dan dapat kenal pasti seperti artis mana yang baru putus cinta mahu pun yang baru lepas kena penampar suami, maka dengan pantas otak memproses dan dengan lancar pula mulut kita berbual mengenainya. Kadang-kadang cerita yang panjangnya hanya sekadar 10sm bertambah menjadi 1m kerana otak kita terlalu pantas memproses maklumat berkenaan. Begitulah hebatnya otak kita.

Bagaimana pula pabila tiba ke hal-hal yang tak diketahui pangkal hujungnya? Contohnya seperti Pak Mod yang terkulat-kulat apabila tak dapat nak menjawab soalan yang diajukan oleh bos. Biasaklah, kalau dah tak tahu kita mengaku aje secara terus terang, paling tidak pun diam diri je. Kalau zaman dahulu, diam tandanya setuju namun pada zaman sekarang, diam ada banyak makna yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Idea untuk karya Pak Mod kali ni datangnya dari kejadian yang berlaku semalam, apabila sepasang lelaki dan pompuan didapati mengamuk dalam kawasan Jabatan Perdana Menteri yang terletak kat Kompleks B, Putrajaya. Rentetan peristiwa tu tak perlu Pak Mod cerita lagi sebab dah terpapar kat media massa. Motifnya masih tak diketahui dan pihak berkuasa masih mencari rakan kepada pasangan yang mengamuk tadi.

Sebaik mengetahui tentang hal tu kat sokkaba online semalam, Pak Mod berpendapat bahawa pasangan berkenaan hanya membuang masa sahaja. Tindakan mereka yang akhirnya hanya membawa kecederaan, malah mengundang padah kepada salah seorang dari pasangan berkenaan pabila beliau mati selepas beberapa ketika ditembak oleh polis. Mati katak je diorang ni, bisik Pak Mod kepada rakan-rakan sepejabat.

Namun, sebaik terbaca satu potongan ayat dari muka buku Facebook, Pak Mod lantas mengubah pendirian. Ayat yang Pak Mod baca itu lebih kurang berbunyi begini: kalau kita tak tahu duduk perkara sebenar, lebih baik berdiam diri sahaja. Jika tidak mungkin kita menabur fitnah tanpa disedari. Orang yang mati tak mungkin hidup kembali untuk mempertahankan dirinya.

Ada kebenarannya pada kata-kata itu. Biarlah pihak berkuasa menyiasat motifnya serta dalang yang terlibat. Kita tak tahu, mungkin pasangan berkenaan diperangkap oleh orang-orang yang berniat jahat. Orang jahat berkenaan pula mencuci minda mereka dengan memasukkan doktrin-doktrin yang bercangggah dari undang-undang negara kita.

Boleh jadi juga ada sesuatu yang telah memprovok pasangan ini, sehingga mereka melakukan hal-hal yang ekstrem. Ramai penjahat kat Malaysia ni. Adakalanya mereka tak mahu mengotorkan tangan, mereka lalu melakukan aksi menghasut atau memprovok sesiapa sahaja yang layak bagi melakukan sesuatu bagi pihak mereka.

Penyakit

Bagaimana jika pasangan berkenaan menghidap sesuatu penyakit? Pak Mod lebih terarah untuk mengatakan mungkin mereka mempunyai masalah mental. Ini berdasarkan pemerhatian Pak Mod yang melihat kejadian amok berkenaan takkan dilakukan oleh manusia yang mempunyai fikiran yang waras. Lebih-lebih lagi mengamuk dengan menggunakan pedang samurai, sambil menjadikan diri anda sasaran mudah pihak polis atau tentera. Orang gila sahaja sanggup melakukan perkara demikian.

Apa-apa pun, Pak Mod harap pihak berkuasa dapat menangkap dalang sebenar kejadian ini. Jangan pula ada pihak memandai-mandai mengambil jalan mudah mengaitkan ia dengan politik atau agama. Politik dan agama tak mengajar kita menguruskan sesuatu perkara menggunakan pedang samurai.

Dapatkan kompilasi “Dari Pak Mod Jilid 1: 2011 – 2012. Ketahui cara untuk mendapatkannya dengan harga promosi di sini

http://pakmod2u.blogspot.com/

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>