Sembilan dari sepuluh jejaka kacak pandai memasak.
Itu adalah bisikan hati Pak Mod pabila menonton Masterchef Selebriti tadi. Rancangan berkenaan adalah kegemaran orang umah Pak Mod yang biasa ditonton pabila kami tak bekerja. Bagaimana pun, rancangan Masterchef yang menampilkan Izani sebagai juara tu tak pula ditontonnya. Pak Mod tak pasti pula alasannya.
Masterchef Selebriti menampilkan beberapa golongan artis seperti pelakon, penyanyi dan model. Nak cerita banyak-banyak pun tak guna, dah tentulah anda semua lebih arif dari Pak Mod. Pak Mod pun bukan selalu sangat tengok rancangan tu.
Sembilan dari sepuluh jejaka kacak pandai memasak dan Pak Mod adalah yang ke sepuluh. Ini adalah kerana Pak Mod bukanlah termasuk ke dalam kategori jejaka kacak yang pandai memasak. Dari kecik Pak Mod dah dijamu ngan masakan mak. Bila zaman belajo, ada tukang masak yang memanjakan Pak Mod. Oleh itu, bila lagi Pak Mod nak belajo masak?
Apa yang mendatangkan idea kepada Pak Mod untuk mengungkapkan kata-kata keramat itu adalah kegigihan jejaka-jejaka kacak seperti Dato’ Fazley, Karl Syafik, Faruouk Husin dan jejaka-jejaka yang lain bersaing dalam Masterchef Selebriti. Mereka bukan sahaja bersaing sesama sendiri, bahkan bersaing dengan anak-anak gadis yang menjadi peserta rancangan itu seperti Serina Chef Wan, Siti Sarah, Raja Azmi dan seumpamanya. Oh ya, Azwan Ali jatuh dalam kategori mana ye? Maksud Pak Mod adakah beliau berkategorikan jejaka kacak atau tidak?
Berbalik kepada diri Pak Mod sendiri, buat masa ni Pak Mod selesa dengan kedudukan selaku jejaka kacak yang ke sepuluh. Bagaimana pun, baru-baru ni orang umah Pak Mod dah mula memberi cadangan supaya Pak Mod mula belajar memasak. Sebabnya beliau bakal melahirkan seorang bayi nanti dan Pak Mod pula bakal dilantik sebagai tukang masak secara rasmi pada masa itu. Aduh, pening kepala dibuatnya. Tak pernah Pak Mod bermimpi untuk menjelma menjadi tukang masak pada masa akan datang.
Untuk memulakan langkah pertama menjadi tukang masak, Pak Mod mula menonton Masterchef Selebriti bersama-sama dengan orang umah. Pak Mod nak mengambil semangat jejaka-jejaka kacak yang bersaing untuk menjadi juara rancangan itu. Kemudian, Pak Mod juga akan mengikuti dengan lebih teliti rancangan bercorak makan-makan iaitu Man vs Food. Sebenarnya memang rancangan tu peberet Pak Mod pun hoho.. hepi je Pak Mod tengok hos Man vs Food iaitu Adam Richman dengan gagahnya mengalahkan hampir semua makanan yang ditemuinya.
Pak Mod juga mungkin terpaksa melupakan seketika Doktor Umum yang sedang Pak Mod telaah sekarang. Sebaliknya Pak Mod kena merapat-rapatkan diri dengan buku resepi 1 Hari 1 Resipi hasil karya Chef Hanieliza. Padahal buku resepi berkenaan Pak Mod hadiahkan pada orang umah satu masa dahulu. Tak pernah Pak Mod nak belek secara serius buku itu sebelum ni, namun semua tu bakal berubah sedikit masa nanti.
Apa-apa pun, demi orang umah dan anaknya, Pak Mod akan cuba untuk belajar memasak sedikit demi sedikit. Orang cakap, sebaik-baiknya jika seseorang isteri tu melahirkan anak, kalau boleh jangan membabitkan orang lain dalam hal ehwal umah tanggga dan isteri yang sedang berpantang. Lebih afdal jika bapak bayi tu yang menguruskan semuanya. Gulp..

hehehehe..suke tgk masterchef…
pak mod..gud lark ye masak2…=)
ade orang pernah bagitau saya…”memasak amatlah senang jika tahu caranye…”
jadi saya kongsi ngan pak mod lak..=)
Jika tahu caranya.. hmm.. saya akan ingat pesan ini. mungkin satu hari saya akan pesan pada orang lain pulak