Pak Mod ada jugak mencari-cari permainan Aku Jimat melalui Google hari tu. Secara tiba-tiba permainan tu menjadi glamer pabila dikaitkan ngan seorang wanita tempatan yang gemar membeli-belah di luar negara. Malangnya, pencarian Pak Mod menemui jalan buntu. Kalau ada rakan-rakan yang mempunyai permainan berkenaan dalam bentuk flash, sudi-sudikanlah untuk berkongsi ngan Pak Mod.
Karya kali ni Pak Mod nak berbual bagaimana Pak Mod berjimat dalam keadaan yang sukar. Harga makanan kegemaran Pak Mod, iaitu ikan telah pun meningkat. Begitu juga ngan gula, kerajaan telah pun mencanang yang mereka terpaksa menambah subsidi (baca: duit rakyat) ke dalam harga gula untuk menjadikannya mampu milik. Tak lama lagi pastinya harga gula pula ikut meningkat. Bagaimana nak berjimat?
Masa umah takde peti sejuk dulu, memang bil api Pak Mod jimat tahap cipan. Bayangkan, bil bulanan cuma 15 sen aje. Oleh itu, jika anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi maka tidak perlulah membeli peti sejuk, cerek elektrik, seterika pakaian dan seumpamanya. Beli lauk, contohnya ayam, cuma sekadar keperluan untuk hari tu sahaja. Tak perlulah beli stok seminggu sebab takde peti sejuk untuk simpanan stok lauk. Memang jimat.
Bagaimana nak jimatkan bil air pula? Jawapan sebegini hanya boleh dijawab oleh orang-orang yang tinggal kat Selangor je dan Pak Mod antara manusia-manusia yang bertuah itu. Setakat ni, Pak Mod masih tidak membayar bil air kerana kerajaan negeri telah mengambil alih bil berkenaan. Terima kasih kerajaan negeri Selangor. Bagaimana pun, lepas PRU yang akan datang ni tak taulah diorang cover lagi ke tak bil air kami. Tapi sebagai langkah untuk memaksimumkan penjimatan, Pak Mod sedang menjalankan kempen Buang Air di Tempat Keje dan setakat ni, ia sedang giat dilaksanakan oleh Pak Mod dan orang umah. Mungkin anda juga boleh cuba method ini.
Sejak dari muda lagi, Pak Mod memang tak kisah untuk mengkonsumi gula dengan kadar minimum dalam makanan dan minuman. Malah, jika tak diletakkan gula dalam teh o pun Pak Mod tak kisah. Sekadar teh o je la, kalau kopi o, neskapi dan minuman lain tak lalu pulak rasanya jika takde gula. Kalau makan kat kantin opis, biasanya makanan tengah hari Pak Mod cuma dikawankan ngan sky juice je sebab ia lebih menjimatkan. Sekarang ni Pak Mod bawak bekal yang orang umah masak.
Rasanya, itu je lah yang mampu Pak Mod jimatkan. Dengan hutang keliling pinggang yang menjadi gaya hidup kami, maka agak sukar untuk penjimatan mencapai tahap maksimum. Seperti anda juga, kami perlukan sebuah kereta dan sebuah umah sebagai keperluan asas dan ia kami beli ngan cara berhutang.
Alangkah bagus kalau harga minyak kita murah seperti negara-negara pengeluar minyak yang lain. Pastinya taraf hidup kita juga tidak setinggi seperti sekarang ini. Adakah kemungkinan untuk harga minyak diturunkan, tak pulak Pak Mod tahu. Begitu juga ngan pinjaman perumahan yang disertai ngan kadar faedah yang rendah, atau tiada langsung. Malangnya, sebagai amalan bank-bank konvensional di negara kita, amalan mengenakan faedah kepada pelanggan adalah diwajibkan.
Pa Mod berasa sedih, negara kita kaya ngan sumber alam namun rakyatnya bergelut untuk hidup. Mungkin permainan Aku Jimat tu boleh meredakan seketika kesukaran itu.

0 Comments.