Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menggembirakan dan dalam masa yang sama mengejutkan banyak pihak. Malah ada sahabat Pak Mod yang mempertikaikan tindakan segelintir orang yang bergembira dengan pembebasan DSAI namun dalam masa yang sama, tidak membela nasib seorang lagi tokoh PAS, Datuk Dr Hasan Ali.
Walau pun Pak Mod cuba menjadi lebih adil dalam memberikan komentar mengenai kes Anwar-Saiful dengan meneliti ulasan dari kedua-dua pihak, Pak Mod masih keliru. Siapa yang benar, mahu pun siapa yang salah masih menjadi tanda tanya Pak Mod. Pak Mod tak mahu jadi seperti sesetengah pihak yang hanya mendapat berita dari satu pihak saja lalu menuduh pihak yang lain itu sebagai pesalah. Pada Pak Mod, hendak membeli ikan pun kita boleh bandingkan harga diantara beberapa gerai, inikan pula dalam hal-hal yang membabitkan politik. Oleh itu, jika hendak membuat penilaian, sila dengar ulasan dari kedua-dua pihak dahulu. Disini Pak Mod berasa lucu kerana sebelum kaedah keadilan bermula, penyokong kerajaan telah mula memanggil Anwar dengan nama-nama yang kurang enak. Begitu juga sebaliknya. Seolah-olah kita hidup di zaman batu dimana yang kuat menjadi raja dan yang kuat berbual boleh menentukan sape salaj dan sape yang benar.
Mengenai Datuk Dr Hasan Ali pula, beliau mula mendapat perhatian apabila membuat serbuan ke atas sebuah gereja yang menganjurkan acara makan-makan yang dihadiri oleh beberapa orang Muslim. Bagaimana pun, tindakannya itu dikatakan tak mendapat restu daripada pimpinan tertinggi kerajaan Selangor. Ketika itu, media massa arus perdana menulis bagaimana tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang dianggap sebagai membela agama Islam itu mendapat tentangan dari pihak PKR. Secara tiba-tiba Datuk Dr Hasan Ali yang bernaung kat bawah payung PAS mendapat sokongan dari orang-orang BN, alangkah lucunya. Di blog-blog pembangkang pula, Pak Mod mendapati bahawa asal-usul kejadian berpunca dari protokol pihak Jais sendiri yang menyebabkan fakir miskin yang beralih ke pihak gereja untuk mendapatkan bantuan. Tentang kes Datuk Dr Hasan Ali ini, Pak Mod serahkan kepada anda semua untuk menilai sendiri siapakah Datuk Dr Hasan Ali yang sebenar.
Pak Mod tak mengikuti politik kat negara-negara lain oleh itu tak bolehlah nak buat perbandingan seperti membuat perbandingan harga minyak atau pun harga tepung gandum. Apa yang Pak Mod harapkan, parti-parti politik yang bakal memimpin negara ini lebih fokus untuk berkhidmat kepada rakyat berbanding mencari salah silap serta daki-daki kat dalam kain lawan. Untuk pilihanraya kali ni, kita pangkah orang yang betul. Pangkah seseorang itu kerana kelebihan serta keistimewaannya, bukan kerana kelemahan pihak yang menentangnya.
Pak Mod dah ada bayangan sape yang akan Pak Mod pangkah, bagaimana pula anda?

Pangkah yang tak suka !!!!